Objek yang tenggelam dan objek yang timbul
Langkah :
1. Sediakan objek seperti bekas berisi air, bulu tangkis, pensel, batu, guli, sudu besi, pita pelekat, straw gunting dan syiling.
2. Sebelum menjalankan aktiviti, ramalkan objek yang akan timbul di permukaan air.
3. Ramalkan pula objek yang akan tenggelam di dalam air.
4. Kemudian masukkan satu-persatu objek ke dalam bekas berisi air.
5. Catatkan hasil pemerhatian kamu dalam Buku Latihan Sains.
6. Ceritakan hasil pemerhatian kamu kepada rakan sekelas. Manakah objek yang timbul dan tenggelam.